Kamis, 04 November 2010

HUKUM MENGGERAKAN TELUNJUK PADA TASYAHUD

Para ulama Salaf as-Sholeh (generasi awal) telah mentarjih (menyemak) dan mensahihkan amalan menggerak-gerakkan jari sewaktu tasyahhud. Para ulama bermazhab asy-Syafie juga telah mensahihkan hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk sewaktu tasyahhud, antaranya ialah Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitab “Taqrib at-Tahzib” halaman 385 dan di dalam “Mizan al-I’tidal” 2/356. Imam az-Zahabi (yang bermazhab asy-Syafie) telah mensahihkan hadis tentang membari isyarat dalam solat (tasyahhud) dengan menggerak-gerakkan jari. Antara hadis-hadis yang menjelaskan tentang berisyarat dengan jari telunjuk ialah:



رَأَى رَجُلاً يَدْعُوْا بِإِصْبَعَيْهِ فَقَالَ : أَحِّدْ ، أَحِّدْ ، وَأَشَارَ بَالسَّبَّابَةِ

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah melihat seorang lelaki berdoa sambil mengacukan dua jari telunjuknya, lalu sabda baginda kepada lelaki itu: Satu jari saja, satu jari saja seraya baginda mengacungkan jari telunjuknya (mengisyaratkan atau menggerak-gerakkan) jari telunjuknya”.



كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبْسُطُ كَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُسْرَى ، وَيَقْبِضُ اَصَابِعَ كَفِّهِ الْيُمْنَى كُلِّهَا وَيُشِيْرُ بِاُصْبُعِهِ الَّتِيْ تَلَى اْلاِبْهَامَ اِلَ
الْقِبْلَةِ وَيَرْمِيْ بِبَصَرِهِ اِلَيْهِ


“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan mengembang. Baginda menggenggam semua jari-jemari tangan kanannya, tetapi mengacungkan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke telunjuknya (melihat jari telunjuknya sambil menggerak-gerakkannya)”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Ibnu Khuzaimah, al-Humaidi dalam Musnadnya 131/1. Abu Ya’la memberikan tambahan dengan sanad sahih dari Ibnu Umar)

Abu Ya’la rahimahullah memberikan tambahan pada hadis ini dengan sanadnya yang sahih dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma:

“Menggerak-gerakkan jari telunjuk (dalam tasyahhud) sebagai pengusir syaitan. Seseorang tidak akan menjadi lupa selama dia menggerakkan telunjuknya (dalam tasyahhud)”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 195. Nota kaki. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Al-Humaidi mengacungkan (menggerak-gerakkan) jari telunjuknya. Beliau berkata: Muslim bin Abi Maryam berkata: Ada orang bercerita kepadaku, bahawa dia melihat  nabi sholallohu 'alaihi wassalam dalam keadaan sholat, mereka mengacungkan/menggerak-gerakkan (mengisyaratkan) jari telunjuk mereka seperti itu. Kemudian Humaidi mengacungkan jari telunjuknya”. (Menurut Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, sanadnya sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi)

Disaat membaca tasyahhud awal atau akhir, maka keadaan ibu jari dan jari tengah baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditemukan sehingga membentuk bulatan. Dan jari telunjuk baginda diacungkan ke arah kiblat serta digerak-gerakkan (digerak-gerakkan ke atas dan ke bawah, bukan membentuk bulatan atau menulis kalimah Allah). Digerak-gerakkan dari awal tahiyat sampai salam, sebagaimana dijelaskan di dalam hadits shahih riwayat Muslim di atas. Dan keadaan jari-jemari yang lainnya berkeadaan sebagaimana yang dijelaskan di dalam beberapa hadits shahih yang seterusnya:



كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا اَشَارَ بِاُصْبُعِهِ وَضَعَ اِبْهَامَهُ عَلَى اُصْبُعِهِ الْوُسْطَى


“Ketika baginda sallallahu ‘alaihi wa-salllam mengacungkan telunjuknya, ibu jarinya memegang jari tengah (sehingga membentuk bulatan)”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu ‘Awanah)



كَانَ يُحَلِّقُ بِهِمَا حَلَقَهُ


“Terkadang ibu jari dan jari tengahnya membentuk bulatan (sedangkan telunjuknya tetap diacungkan ke arah kiblat sambil menggoyang-goyangkannya)”. (Hadis Riwayat Abu Daud, Nasai’i, Ibnu Jarud dalam al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah 1/86/1-2. Ibnu Hibban dalam Sahihnya, 485)

MENGGERAK-GERAKKAN JARI TELUNJUK

Menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud awal atau akhir sudah menjadi sunnah matrukah (sunnah yang ditinggalkan manusia). Sedangkan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengamalkannya, maka ia wajar diamal dan dihidupkan semula oleh mereka yang mencintai sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan membesarkan serta memuliakannya, kerana baginda mengamalkannya. Ini terbukti sebagai amalan sunnah sebagaimana dijelaskan di dalam beberapa hadis yang sahih:



كَانَ رَفَعَ اِصْبَعَهُ يُحَرِّكُهَا وَيَدْعُوْبِهَا


“Nabi menegakkan jari telunjuknya, menggerak-gerakkannya sambil membaca doa dengannya”. (Hadis Rwayat Abu Daud, Nasai’i, Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah 1/86/1-2. Ibnu Hibban dalam Sahihnya 485)

Hadits menggerak-gerakkan telunjuk ini mempunyai syawahid (saksi/penguat) pada rawi Ibnu Adi (287/1). (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 196. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:

“Mengikut sunnah telah menunjukkan bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk berlangsung sampai dengan salam (sehingga memberi salam). Inilah pendapat Imam Malik dan yang lain-lainnya”.

Menurut Imam at-Thahawi rahimahullah:

“Memohon doa dengan mengacukan jari telunjuk, ternyata bahawa hal ini dilakukan sehingga akhir solat”. (Lihat: صفة صلاة النبى صلعم من التكبير الى التسليم كانك تراه Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menjelaskan lagi:

“Menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang sah dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam”.

Dilakukan oleh Imam Ahmad dan imam-imam ahli hadis lainnya. Oleh kerana itu, hendaklah takut kepada Allah orang yang beranggapan bahawa perbuatan ini sia-sia, (sehingga ia menyangka) tidak patut dilakukan dalam solat. Kerana anggapan itu mereka tidak mahu menggerakkan jari telunjuknya dalam solat, padahal mereka sudah tahu riwayatnya sahih. Mereka mencari-cari alasan untuk mentakwilnya (menafsirkannya) dengan menyalahi ketentuan bahasa Arab dan pengertian yang difahami oleh para imam.

Hal yang aneh, sebahagian dari mereka biasanya membela pendirian imamnya dalam masalah yang lain sekalipun pendapat imam tersebut bertentangan dengan sunnah Nabi. Alasannya ialah menyalahkan imam sama ertinya dengan mencela dan tidak menghormatinya. Akan tetapi, mereka kemudian melupakan masalah ini dan mereka menolak hadis yang sudah sahih serta mencela orang-orang yang melaksanakan perbuatan ini. Padahal dia tahu bahawa mencela perbuatan tersebut bererti pula mencela para imam mereka yang biasanya mereka bela mati-matian walaupun membelanya batil. Padahal para imam tersebut perbuatannya sejalan dengan sunnah, bahkan celaan (tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk, pent.) yang mereka lakukan itu mengenai Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kerana Nabilah yang mengajarkan hal itu kepada kita.

Oleh kerana itu, mencela perbuatan menggerak-gerakkan jari telunjuk sama halnya dengan mencela Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Dan tidak ada balasan buat orang yang berbuat demikian kecuali……

Adapun mengacukan telunjuk sebentar sahaja, lalu berhenti atau mengacukannya pada waktu tertentu sahaja, semuanya itu tidak mempunyai dasar dari hadis, bahkan menyalahi hadis-hadis yang sahih.

Seterusnya Syeikh al-Albani rahimahullah menjelaskan hadis yang menyatakan:

“Nabi tidak menggerakkan jari telunjuknya”.

Bahawa sanad hadis di atas ini tidak sah. Jika hadis tersebut sah, isinya menyangkal (membatalkan) adanya mengacukan telunjuk dalam tahiyat, sama ada tahiyat awal atau akhir. Dalam kaedah “Menetapkan”, maka menetapkan didahulukan dari menyangkal, seperti yang dikenal oleh para ahli fikh, maka hujjah untuk menyangkal menggerak-gerakkan jari telunjuk tidak dapat dijadikan hujjah (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 197. Nota kaki. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani) kerana menetapkan supaya menggerakkan jari telunjuk lebih menepati kaedah ahli fikh.

HADIS ‘ASIM BIN KULAIB

Ada beberapa individu dan kelompok yang cuba mempertikaikan kesahihan hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk yang diriwayatkan oleh ‘Asim bin Kulaib. Ada yang berani menghukum bid’ah kerana disangkanya tidak terdapat hadis yang menunjukkan adanya amalan menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud.

Agar ketidaktahuan dalam persoalan yang menyangkut ibadah (solat) ini dapat dirungkai secara ilmiyah, maka di tulisan ini dibawakan takhrijnya hadis tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk agar dapat menghilangkan keraguan kepada mereka yang berniat ikhlas ingin menghidupkan amalan sunnah “menggerak-gerakkan jari telunjuk” semasa tasyahhud. Adapun hadis sahih yang menjadi hujjah ialah:



عَنْ زَائِدَةَ بْنِ قُدَامَةَ ، عَنْ قُدَامَةَ ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ كُلَيْبٍ قَالَ : أخْبَرَنْيْ اَبِيْ عَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ لأَنْظُرَنَّ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ يُصَلِّى . قَالَ : فَنَظَرْتُ اِلَيْهِ ، قَامَ فَكَبَّرَ ، وَرَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى حَاذَتَا بِأُذُنَيْهِ ، ثَمَّ وَضَعَ كَفَّهُ الْيُمْنَى عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى ،وَالرُّسْغِ ، وَالسَّاعِدِ ، ثُمَّ قَالَ : لَمَّا اَرَادَ اَنْ يَرْكَعَ رَفَعَ يَدَيْهِ مِثْلَهَا وَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ ثُمَّ رَفَعَ رَاْسَهُ فَرَفَعَ يَدَيْهِ مِثْلَهَا ثُمَّ سَجَدَ ف 14;جَعَلَ كَفَّيْهِ بِحِذَاءِ اُذُنَيْهِ ، ثَمَّ قَعَدَ فَافْتَرَشَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى ، فَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُسْرَى ، وَجَعَلَ حَدَّ مِرْفَقِهِ اْلاَيْمَنِ عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى ، ثُمَّ قَبَضَ (ثِنْتَيْنِ) بَيْنَ اَصَابِعِهِ ، فَحَلَّقَ حَلْقَةً ، ثُمَّ رَفَعَ اُصْبُعُهُ ، فَرَاَيْتُهُ يُحَرِّكُهَا يَدْعُوْ بِهَا ، ثُمَّ جِئْتُ بَعْدَ ذَلِكَ فِى زَمَانٍ فِيْهِ بَرْدٌ ، فَرَاَيْتُ النَّاسَ عَلَيْهِمُ الثِّيَابِ تَحَرَّكَ اَيْدِيْهِمْ مِنْ تَحْتِ الثِّيَابِ مِنَ الْبَرَدِ.


“Dari Zaidah bin Qudamah dari ‘Asim bin Kulaib berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku bapaku dari Waiil bin Hujir berkata: Aku berkata: Sesungguhnya benar-benar aku akan melihat bagaimana caranya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mendirikan solat: Berkata Waiil: Maka aku melihat baginda berdiri kemudian bertakbir sambil mengangkat kedua tangannya sehingga baginda meletakkan telapak tangan kanannya di atas punggung telapak tangan kirinya dan di atas pergelangan dan lengan. Berkata Waiil: Ketika baginda hendak ruku’ baginda mengangkat kedua tangannya seperti di atas kemudian baginda meletakkan di atas kedua lututnya.

Kemudian baginda mengangkat kepalanya sambil mengangkat kedua tangannya seperti di atas. Kemudian baginda sujud dan baginda meletakkan kedua telapak tangannya setentang dengan kedua telinganya.

Kemudian baginda duduk, kemudian baginda membuat satu lingkaran bulat dengan kedua jarinya iaitu jari tengah dan ibu jarinya kemudian baginda mengangkat jari telunjuknya, maka aku melihat baginda terus menggerak-gerakkan jarinya, baginda berdoa dengannya sambil berterusan menggerak-gerakkan jarinya.

Kemudian berkata Waiil: Sesudah itu maka aku lihat manusia (para sahabat) ketika mereka mendirikan solat bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mereka menggerakkan tangan mereka dalam pakaian mereka lantaran sangat sejuk, iaitu mereka mengangkat kedua tangan mereka ketika takbir dan ruku’ dan seterusnya (menggerak-gerakkan) dari dalam pakaian mereka kerana udara sangat sejuk). (Hadis sahih dikeluarkan oleh: Imam Ahmad bin Hambal dalam “Musnad” 4/ 318. Abu Daud No. 713 dan 272. An- Nasai’i 889 dan 2/126-127 dan 3/371. Ad-Darimi dalam “Sunan” 1/314-315. Ibn Jarud dalam “al-Muntaqa” 208. Ibn Khuzaimah No. 480 dan 714. Ibn Hiban No 1851. Al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra 2/27, 28 dan 132. At-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/35. Disahihkan oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

Dalam hadis ini telah menunjukkan dengan jelas cara (sifat) solat Rasulullah yang semasa menggerak-gerakkan jari telunjuknya, kerana kalimah يُحَرِّكُهَا adalah fi’lu al-mudhari’ yang menggunakan saddah (-ّ) pada huruf ra ( ر ), maka ini membuktikan perbuatan memberi isyarat dengan menggerak-gerakkan jari dengan cara yang diulang-ulang dan terus menerus dilakukan.

Berkata as-Syeikh al-‘Azim Abadi rahimahullah menta’liq kehendak hadis ini:



وَفِيْهِ تحْرِيْكُهَا دَائِمًا


“Dalam hadis ini menunjukkan baginda terus menerus tanpa henti (mengulang-ulang) menggerak-gerakkan jarinya”. (Lihat: Muqaddimah الخشوع فى الصلاة oleh Ibn Rejab al-Hambali. Hlm. 7)

Berkata Imam al-Baihaqi:



يحْتَمِلُ أَنْ يَكُوْنَ الْمُرَاد بِالتَّحْرِيْكِ


“Ia membawa maksud yang pasti dengan menunjukkan menggerak-gerakkan (jari)”. (Lihat: Sunan al-Baihaqi 2/130)

Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah ulama besar yang bermazhab as-Syafie, bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk ada tiga wajah:

Haram menggerak-gerakkanya serta batal solatnya. Ia dikatakan dari Abi Ali Ibn Abi Hurairah. Namun pendapat ini syaz dan lemah.

Mubah (harus) menggerak-gerakkan jari telunjuk sebagaimana dikatakan oleh Abu Hamid dan Qadi Abu Tayyib dan selain mereka, iaitu berhujjah dengan hadis Waiil bin Hujir yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan sanadnya yang sahih.

Menggerak-gerakkan jari membatalkan solat. Ini adalah pendapat yang syaz dan lemah. (Lihat:المجموع شرح المهذب 3/454 Dan lihat: al-Fatawa 1/87. Sheikh Abdul Aziz bin Bazz)

Menurut Imam Ahmad rahimahullah, antara dua riwayat (yang menggerak-gerakkan dan yang tidak menggerak-gerakkan jari), maka yang paling benar ialah beramal dengan hadis menggerak-gerakkan jari, kerana ia mematuhi sunnah. Menurutnya lagi: Menggerak-gerakkan jari telunjuk hendaklah digerakkan dengan cara yang bersungguh-sungguh. (Lihat: مسائل هانىء 1/80)

Semoga penjelasan Imam Ahmad rahimahullah dapat difahami dan diterima oleh mereka yang ikhlas dalam menerima ilmu dan menunai ibadah. Kerana Imam Ahmad berfatwa tidak mengikut hawa nafsunya, pasti berdasarkan dalil dan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

TAKHRIJ HADIS (‘Asim bin Kulaib)

‘Asim bin Kulaib perawi yang dipakai dan diterima oleh para imam hadis seperti Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi, Nasai’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Ma’in, Ahmad bin Soleh, Ibnu Hibban, Ibnu Syahin, Ibnu Saad dan lain-lainnya. Mereka memuji dan mengakui bahawa ‘Asim bin Kulaib sebagai perawi yang (ثقة حافظ) “Seorang yang dipercayai dan kuat hafalannya”. (Lihat:مختصر علوم الحديث Hlm. 106. Ibnu Kathir)

Antara kalangan Imam-Imam hadis besar yang mensahihkan hadis ‘Asim bin Kulaib ini ialah: Imam Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, An-Nawawi (ulama besar bermazhab as-Syafie), Ibnul Qayyim, Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah dan selain mereka.

Imam Az-Zahabi (bermazhab as-Syafie) menganggap ‘Asim Bin Kulaib sebagai seorang yang (ثقة صدوق) “Perawi yang dipercayai lagi benar”.

Hadis ini tidak boleh dilemahkan hanya kerana kesilapan (disangka) “infirad”nya (menyendirinya) ‘Asim bin Kulaib dalam meriwayatkan hadis menggerak-gerakkan jari telunjuk. Kerana Hadis Waiil Bin Hujir yang meriwayatkan dari ‘Asim bin Kulaib mempunyai banyak jalur (jalan/turuq), malah ramai Imam-Imam hadis menta’dil (تعديل) beliau. Dan ramai rawi yang merawikan dari ‘Asim bin Kulaib dan juga menta’dil beliau, antara mereka:

Berkata Imam Sa’ad: Dia adalah thiqah (ثقة) dipercayai dan aku dapati para imam hadis menghasankan hadisnya, malah mereka berhujjah dengan hadisnya. (Lihat: تَهذيب التهذيب 8/445)

Imam Ahmad rahimahullah mengatakan: لاَبَأْسَ بِحَدِيْثِهِ “Tidak mengapa (tidak ada kesalahan menerima) hadisnya”. Ibnu Ma’in mengatakan: ‘Asim bin Kulaib adalah (ثقة مأمون) “Dipercayai dan amanah”. (Lihat: من كلام ابي زكرى يحي بن معيت فى الرجال No. 63)

Berkata Imam al-‘Ijli rahimahullah bahawa: (هو ثقة) “Dia dipercayai”. (Lihat: معرفة الثقة No. 815)

Imam al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah menjelaskan: (وهو صدوق) “Dia seorang perawi yang benar/dipercayai”. (Lihat: تقريب التهذيب hlm. 385. ميزان الاعتدال 2/356)

Abu Hatim rahimahullah menegaskan bahawa: ‘Asim bin Kulaib adalah (صالح) “Seorang yang soleh”. (Lihat: الجرح والتعديل 6/350 Ibnu Abi Hatim)

Kenyataan Ibnu al-Madini rahimahullah bahawa: Hadis ‘Asim bin Kulaib tidak dapat dijadikan hujjah, maka jika alasannya hanya infiradnya (menyendirinya beliau), maka jarah (جرح) Ibnu al-Madini tidak dapat diterima, kerana tidak ada kesepakatan dari para ulama hadis.

Imam an-Nasai’i rahimahullah menjelaskan: Bahawa ia tidak boleh menolak hadis seseorang sehingga mereka (para ulama hadis) sepakat menolaknya. (Lihat:اختصار علوم الحديث hlm. 96. Ta’liq Ahmad Syakir) Dengan demikian jarah (جرح) tidak dapat diterima, terutama kerana ramainya ulama hadis yang lebih luas keilmuannya dari beliau menthiqah (mempercayai dan menetapkan), membenarkan dan menganggap solehnya (benarnya) dan mereka menerima hadis ‘Asim bin Kulaib ini.

Adapun alasan Ibnu al-Madini yang diambil dari Ibnu ‘Ulayyah dan Yahya al-Qaththan bahawa ‘Asim bin Kulaib dan mereka yang terkena pada semua yang bernama ‘Asim adalah buruk hafalannya, ‘Ulayyah dan Yahya al-Qaththan dikomentar seperti berikut:



كُلُّ مَنِ اسْمُهُ عَاصِمٌ فِى حِفِظِهِ شَيْءٌ


“Semua rawi yang bernama ‘Asim adalah keadaannya ada sesuatu (buruk) pada hafalannya”. (Lihat: الميزان 21/350)



مَا وَجَدْتُ رَجُلاً اسْمُهُ عَاصِمٍ ، اِلاَّ وَجَدْتُهُ رَدِىءُ الْحِفْظِ


“Tidak aku temui seorang lelaki yang bernama ‘Asim kecuali aku dapati dia buruk hafalannya”. (Lihat: الميزان 21/350)

Alasan Ibnu Madini ini disangkal dan ditolak oleh para ulama hadis, kerana terdapat beberapa orang yang bernama ‘Asim yang juga diterima oleh para ulama atau para pembesar hadis (muhaddisin). Antara mereka ialah:

(1). ‘Asim bin Sulaiman al-Ahwal.

(2). ‘Asim bin Umar bin Qatadah.

(3). ‘Asim bin ‘Umar (Ibnu Amr Hijaziyuun).

(4). ‘Asim bin Laqith bin Sabiran.

(5). ‘Asim bin Muhammad bin Zaid bin Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab (dipakai oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’i dan Ibnu Majah. (Lihat: تاريخ الكبيرImam Bukhari. تاريخ بغداد Al-Khatib Bagdadi)

(6). ‘Asim bin Yusuf al-Yarbu’i. (Lihat:التقريب 1/383)

Mereka sekalian adalah para rawi yang thiqah (dipercayai) dan dipakai oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi, Nasai’i, Ibnu Majah (Lihat:تاريخ الكبير Imam Bukhari. جرح والتعديل Ibnu Abi Hatim. الميزان الاعتدال Az-Zahabi) dan ramai lagi perawi-perawi dan Ahli Hadis yang lainnya.

Menurut Imam Nasai’i rahimahullah: Tidak boleh meninggalkan (menolak) hadis seseorang rawi sehingga mereka sekalian (para ulama hadis) bersepakat menolak atau meninggalkannya. (Lihat: اختصار عوم الحديث hlm. 96. Ta’liq Ahmad Syakir) Jika sekiranya hanya menerima penilaian dari Yahya al-Qaththan yang di pegang oleh Ibnu Madani dan meninggalkan para ulama hadis yang lain, maka kaedah ini tidak boleh diterima pakai.

HADIS-HADIS (Menggerak-gerakkan Telunjuk)

Hendaklah bertaubat orang-orang yang menentang amalan sunnah “menggerak-gerakkan” jari telunjuk ketika tasyahhud awal dan akhir, kerana ia adalah sunnah yang telah dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para Salaf as-Soleh. Dan apabila Imam Ahmad rahimahullah ditanya, adakah dituntut agar menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam solat? Beliau menjawab: Ya, menggerak-gerak jari telunjuk (semasa tasyahud Pent.) sangat dituntut. (Lihat; Sifat Solat Nabi Hlm 159. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. مسائله عن الامام احمد hlm. 80) Ini berdasarkan hadis sahih:

“Baginda (semasa tasyahud) menggerak-gerakkan jari telunjuknya yang kanan dan berdoa dengannya”. (Hadis Riwayat Bukhari)



كَانَ رَفَعَ اصْبَعَهُ يُحَرِّكُهَا وَيَدْعُوْ بِهَا


“Baginda mengangkat jari dan menggoyang-goyangkannya sambil berdoa dengannya”. (Hadis Riwayat Nasai’i, Ibnu Hibban dan Ibnu al Jarud dalam المنتقى Ibnu Hibban dengan sanadnya yang sahih dalam Sahihnya no. 485)



كَانَ اِذَا جَلَسَ فِى الصَّلاَةِ وَضَعَ كَفَّهُ الْيُمْنَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى ، وَقَبَضَ اَصَابِعَهُ كُلَّهَا ، وَاَشَارَ بِاُصْبَعِهِ الَّتِى تَلِى اْلاِبْهَامَ فِى الْقِبْلَةِ ، وَرَمَى بِبَصَرِهِ اِلَيْهِ ، اَوْ نَحْوِهِ ، وَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ الْيُسْرَى


“Yang mana baginda apabila duduk bersolat, baginda meletakkan tapak tangan kanannya di atas paha kanannya, baginda genggam seluruh jarinya dan baginda mengisyaratkan (menggoyang-goyangkan) jarinya yang paling hampir dengan ibu jarinya (jari telunjuk) ke arah kiblat, baginda tumpukan pandangannya ke arah jari telunjuknya. Dan baginda meletakkan tangan kirinya di atas paha kirinya”. (Hadis Riwayat Muslim 2/90. Abu Daud 987. Malik 1/112. Syafie dalam al-Umm 1/139. Dan di Musnad hlm. 41. Nasai’i 2/188. Ibnu Khuzaimah no. 719. Ibnu Hibban No. l938. Baihaqi 2/130)


قَالَ اَبُوْ حُمَيْدٍ : اَنَااَعْلَمُكُمْ بِصَلاَةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، انَّ رَسُوْلَ اللهِ جَلَسَ فَافْتَرَشَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى ، وَاقْبَلَ بِصَدْرِهِ الْيُمْنَى عَلَى قِبْلَةِ ، وَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُمْنَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُمْنَى ، وَكَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُسْرَى ، وَاَشَارَ بِاَصْبَعِهِ يَعْنِى السَبَّابَة


“Berkata Abu Humaid: Aku lebih tahu daripada kamu tentang solat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, sesungguhnya Rasulullah apabila duduk untuk tasyahhud, baginda hamparkan kaki kirinya, ia hadapkan kaki kanannya ke arah kiblat, baginda letakkan tapak kanannya di lututnya yang kanan dan tapak tangan kirinya di lutut yang kiri, lalu ia berisyarat dengan jarinya iaitu jari telunjuknya”. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi 292. At-Tirmidzi berkata: Hadis ini hasan sahih. Abu Daud 737. Ibnu Khuzaimah 789)

Maksud berisyarat ialah menggerak-gerakkan jari telunjuknya, kerana cara inilah yang menjadi pilihan al-Amir as-San’ani (Lihat: سبل السلام 1/187-188) sebagaimana dijelaskan oleh al-Mubarakfuri, kemudian ia menguatkannya dengan berkata: Yang benar ialah apa yang dikatakan oleh ar-Rafaie dan Muhammad bin Ismail al-Amir, (Lihat: تحفة الأحوذي 1/241 Cetakan India) ia lebih rajih (sahih) tepat mengikut kaedah fiqhyah: “Yang menetapkan didahulukan dari yang menafikan” iaitu menggerak-gerakkan (lebih tepat). (Lihat penjelasan Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz dalam “Al-Fatawa”. 1/75)

FADHILAT MENGGERAK-GERAKKAN JARI TELUNJUK

Terdapat beberapa fadhilat-fadhilat apabila menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa bertasyahhud. Pertama: Menghidupkan kembali sunnah yang telah ditinggalkan. Kedua: Menggerak-gerakkan jari telunjuk dapat menghalau syaitan sebagaimana dijelaskan oleh hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:



لَهِيَ اَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنَ الْحَدِيْدِ يَعْنِيْ : اَلسَّبَّابَةَ


“(Menggerak-gerakkan jari) lebih keras (dirasakan) oleh syaitan dari pukulan besi”. (Hadis Riwayat Bukhari dalam Al-Amali (60/1), Ahmad, Bazzar, Abu Ja’far, Thabrani dalam Ad-Doa hlm. 73/1. Abdul Ghani al-Muqaddasi dalam As-Sunan 12/2. Dengan sanad hasan dan Rauyani dalam Musnadnya 249/2 dan Baihaqi)



كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى التَّشَهُّدَيْنِ جَمِيْعًا


“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melakukan perbuatan ini (menggerakkan jari telunjuk) dalam dua tasyahhud (tasyahhud awal dan akhir)”. (H/R Ibnu Abi Syaibah dengan sanad hasan)



رَاَى رَجُلاً يَدْعُوْا بِاِصْبَعَيْهِ فَقَالَ : اَحِّدْ ، اَحِّدْ وَاَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ


“Nabi pernah melihat seorang lelaki berdoa sambil mengacukan dua jarinya, lalu sabdanya kepada orang itu: Satu sahaja! Satu sahaja! Seraya mengacukan jari telunjuk”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Nasai’i dan disahkan oleh Hakim serta disetujui oleh Zahabi. Hadis ini juga mempunyai syahid pada riwayat Ibnu Abi Syaibah)

MEMBACA DOA DI PENGHUJUNG TASYAHHUD AWAL ATAU AKHIR

Disunnahkan untuk membaca doa pada penghujung tasyahhud awal atau akhir sambil menggerak-gerakkan jari telunjuk sebagaimana dijelaskan melalui hadis yang lalu. Perbuatan berdoa diakhir tasyahhud adalah sunnah yang berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:



اِذَا قَعَدْتُمْ فِى كُلِّ رَكْعَتَيْنِ فَقُوْلُوْا : اَلتَّحِيَّاتُ الخ … وَلْيَتَخَيَّرْ اَحَدُكُمْ مِنَ الدُّعَاءِ اَعْجَبَهُ اِلَيْهِ ، فَلْيَدْعُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ


“Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, ucapkanlah At-Tahiyyatu …., kemudian hendaklah seseorang kamu memilih doa yang disukainya dan hendaklah ia mengajukan permohonannya kepada Allah Yang Mahaperkasa lagi Mahamulia”. (Hadis Riwayat Nasai’i, Ahmad dan Thabrani dengan sanad sahih)

Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:

“Hadis ini secara tersurat menyatakan dibenarkannya berdoa pada setiap tasyahhud sekalipun pada tasyahhud awal. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Hazam”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 198. Nota kaki)

Kesimpulan:

1 - Adalah suatu sunnah untuk menggerak-gerakkan jari ketika bertasyahhud.

2 – Ia dilakukan dengan jari telunjuk tangan kanan.

3 – Kedudukan jari boleh sama ada 1 - dengan keadaan ibu jari menggenggam jari-jari yang lainnya, manakala jari telunjuk (tidak digenggam oleh ibu jari) ditegakkan ke arah kiblat dan digerak-gerakkan. Atau 2 - ibu jari dan jari tengah ditemukan sehingga membentuk satu lingkaran, dan jari telunjuk ditegakkan ke arah kiblat sambil digerak-gerakkan.

semoga bayan ini memberikan kejelasan bagi kita semua.apa bila ada perbedaan pendapat dalam masalah ini atau kurang berkenan di hari mohon ma'af
winarna

Tidak ada komentar:

Posting Komentar